Benarlah kata orang bila bercinta, semuanya indah belaka. Bila berpisah, kedukaan dan kesakitan yang ditanggung siapa yang tahu. Bijak pandai membuat kajian, kaum Adam lebih cepat melupakan kenangan dan percintaan lepas berbanding kaum Hawa. Kaum Hawa akan merana lebih lama. Itulah ciptaan lumrah manusia. Kaum Hawa punyai hati dan perasaan yang lebih mendalam berbanding kaum Adam. Namun, seringkali menjadi perasaan di minda ini, benarkah begitu, kaum Adam bersikap demikian. Begitu mudahkah Kaum Adam melupakan kenangan, manis pahit susah senang yang telah dilalui bersama? Apa yang mereka tunjukkan itu cuma semata mata untuk menyembunyikan kesedihan mereka? Egokah yang menenggelamkan perasaan mereka itu? Adakah benar, kenangan itu tidak bermakna untuk mereka?
Pengalaman mengajar diri ini satu kehidupan mengenai percintaan. Suka duka, pahit ranjau kehidupan yang dilalui bersama tidak akan mampu mempertahankan sebuah hubungan sekiranya kepercayaan mulai bergoyang dan prangsangka mula bertapak di hati. Mungkin sahaja dugaan yang diturunkan itu tidak mampu diharungi. Memang sakit dan bukan mudah untuk melangkah keluar dari hubungan itu. Namun, apakan daya kalau sudah suratan dan tertulis dia bukan untukku.
“Andaikata dia milikku, dekatkanlah dia sedekat dekatnya denganku. Namun, sekiranya surat suratan yang dia bukan untukku, ENGKAU jauhkanlah dia sejauh jauhnya dari diriku ini. Peliharalah hambamu ini dari segala kedukaan dan kesakitan. Kurniakanlah hambamu ini seseorang yang boleh membimbing, memeliharaku dan menghargai diri ini”
Sesungguhnya, ayat itu ubat yang terbaik. Setiap yang berlaku dan terjadi itu bersebab. Memang bukan senang untuk melakukannya tetapi percayalah takdir setiap individu telah ditetapkan. Kita boleh menangis tetapi janganlah sesekali menyesal dengan apa yang pernah, telah dan yang sedang berlaku pada diri ini.
Kita menjadi dewasa kerana keperitan, menjadi matang kerana kesakitan. Berterima kasih untuk waktu sukar kerana kita matang pada ketika itu. Ketawalah pada kesilapan kita dan pujilah kita kerana telah belajar daripadanya. Ingatlah bila kita dalam kedukaan, kebahagian akan muncul suatu hari nanti.
Diversity makes us rich
11 years ago

0 comments:
Post a Comment