BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 2, 2010

kehidupan ini

" Kita pohon kekuatan, Tuhan berikan kesulitan untuk jadikan kita kuat. Kita pohon keteguhan hati, TUhan berikan masalah untuk diatasi. Kita pohon keyakinan, TUhan berikan ujian untuk mantapkan jiwa dan iman. Kekadang kita tidak dapat apa yang kita inginkan namun kita sentiasa dapat apa saja yang kita perlukan"'


Eya, Tuhan tidak pernah kata hidup ini senang untuk kita. Ianya penuh dengan pancaroba kehiduan yang kekadang sudah tidak mampu untuk kita hadapi. Namun, andai kata kita berhenti seketika dan pandang belakang untuk membuat munasabah diri, kita akan sedar yang TUHAN menjanjikan hidup ini berbaloi untuk kita. Segala cabaran dna dugaan yang kita lalui akan TUhan balas dengan cahaya, kegembiraan dan sinar kebahagiaan.

Mungkin dalam lembaran hidup kita ini, pernah ada tikanya kita berada di penghujung terowong. Segalanya serba tidak jadi. Dugaan datang menimpa selepas musibah. Bagai jatuh ditimpa tangga. Sekejap kita menangis kerana sesuatu dan pada minit keduanya embun jernih air mata kita jatuh lagi. Tiada yang kena pada saat itu. Namun, itulah lumrah manusia. Terjadinya hidup yang lebih bermakna kerana adanya perencah kehidupan. Biarpun ianya pahit, manis, tawar, masin mahupun masam, itulah warna pelangi kehidupan kita.

Bangunlah kita setiap pagi, bukalah mata kita dan berkata " Tiada apa pun yang punyai kuasa untuk membuat kita gembira atau sedih. Saya boleh memilih bagaimana kehidupan ini. Semalam telah menjadi sejarah. Esok masih belum menampakkan sinaran mentarinya. Saya cuma mempunyai satu hari sahaja iaitu hari ini dan saya akan bergembira pada hari ini".

p/s: Memetik kata kata ayah tok " Engkau diberi cuma dua pilihan, hidup gembira mahupun sedih. Pilihlah..."

0 comments: