Pernahkah membaca nukilan bertajuk “Mengapa Wanita Menangis”. Tersentuh hati kecil ini membacanya yang betapa hebatnya seseorang yang bergelar wanita itu.
Wanita itu seorang yang hebat. Mampu tersenyum, berlagak seperti tiada peristiwa yang berlaku bila satu dunia meletakkan beban di bahunya dan hidupnya bergegar di celah celah jarinya. Andai kata individu mampu melihat dan meninjau ke dalam hati seorang wanita, melihat betapa sengasaranya wanita itu menangis, kita akan menemui satu kebenaran iaitu betapa kuatnya dan sukarnya wanita itu kekal kuat bila tiada satu pun yang terjadi di hidupnya berjalan dengan lancar dan segalanya serba salah.
Wanita itu tidak memerlukan dunia bersujud padanya, mengharapkan hidupnya antara yang terbaik. Wanita itu cuma menginginkan satu kebahagiaan. Wanita itu inginkan lelaki yang boleh memeluknya biarpun wanita itu berpeluh, rambutnya berserabut, dandanan mukanya tidak melambangkan kecantikkannya, matanya merah kerana tangisan dan perkataan pertama yang lelaki itu katakana kepada wanita itu ialah “ cayang, kamu paling cantik dimataku” dan betul betul maksudkannya.
Wanita itu berpesan , “Hiduplah engkau wanita bukan sebagai seorang wanita yang mengejar romantika. Janganlah engkau meminta dunia atau bintang berkelipan. Janganlah engkau meminta emas permata. Pohonlah engkau agar dimakbulkan permintaan dan doa agar kamu dikurniakan tangan yang kuat untuk melindungimu, bahu yang gagah untuk menjagamu, hati yang ikhlas mencintaimu dan menyayangimu. Biarlah dirimu itu terlena dan bangun, mengetahui hatimu itu selamat bersama dengan lelaki itu. “
Pesan wanita itu lagi, “Jadilah wanita yang bijak dan cantik pada mata pandangan. Janganlah engkau menangis kerana dugaan kerana dugaan itu diturunkan kepada wanita kerana TUHAN menyayangi diri wanita itu dan mengetahui wanita itu mampu menghadapi dugaan yang diturunkan itu. Dugaan itu menguatkan diri wanita itu.
Ingatlah yang TUHAN tidak pernah berjanji yang hidup itu mudah dan senang untuk dilalui tetapi TUHAN berjanji yang segala dugaan dan pengorbanan kita itu akan berbaloi. Bersabarlah engkau wanita kerana itulah kekuatan kita.

0 comments:
Post a Comment